Pengurusan Risiko Kebakaran Di Tempat Kerja

Kebakaran akan berlaku jika terdapat keempat-empat unsur ini – oksigen, bahan bakar, haba dan tindakbalas berantai (chain reaction). Dalam usaha mencegah kebakaran, kesemua unsur ini perlu dipisahkan. Oleh kerana oksigen berada di mana-mana, pencegahan kebakaran adalah lebih kepada mengawal bahan bakar dan haba atau memisahkan kedua-duanya. 

Tiga kategori bahan yang boleh mengakibatkan kebakaran adalah:

  • Flammable – Mudah terbakar
  • Combustible – Terbakar bila terkena sumber haba
  • Explosive – Mudah meletup

Akta yang berkaitan adalah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

  1. a) Kesan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja Kepada Keselamatan dan Kesihatan

Kebakaran boleh mengakibatkan kecederaan, kematian dan kemusnahan harta benda.

  1. b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja
  • Mematuhi segala arahan pencegahan kebakaran yang disediakan oleh majikan.
  • Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api (Cth: mancis, pemetik api) atau haba.
  • Bersihkan tumpahan bahan mudah terbakar dengan segera.
  • Pastikan bekas bahan-bahan mudah terbakar dilabel dengan jelas.
  • Simpan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan yang mempunyai pengalihan udara yang baik.
  • Tidak merokok apabila berada di kawasan yang mempunyai bahan-bahan mudah terbakar.

Info daripada Unit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Change Requirement KPK v1.0